Tuesday, May 15, 2012

Happy Teacher's Day

Assalamualaikum. 
Dengan ini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan " Selamat Hari Guru " kepada semua guru-guru yang telah mengajar saya sehingga saya menjadi seorang yang berguna. Tanpa mereka siapalah saya pada hari ini. Terima kasih kepada guru-guru, Sekolah Kebangsaan seri paka, Sekolah Menengah Kebangsaan Paka dan Kolej Poly-Tech Mara Alor Setar.

Terima kasih kepada semua guru-guru, di atas tunjuk ajar dan didikan,
Di doakan juga kepada semua guru-guruku agar sentiasa sihat yang berpanjangan, dan sekiranya sudah menamatkan perkhidmatan pendidikan semoga terus bahagia bersama keluarga. Kepada guru-guruku yang telah kembali menemui Allah, saya doakan agar tenang berada di sana, dan semoga Allah mengurniakan keampunan dan keredhaan di atas usaha mendidik dan menyampaikan ilmu pengetahuan kepada kami.

Semoga semua guru yang sedang bergelar guru, terus ISTIQAMAH menyampai ilmu pengetahuan kepada anak-anak dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas.  
 
" SELAMAT HARI GURU "
 
0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...