Friday, December 16, 2011

Resipi Kuih Akok

Slam pembaca blog semua..

Kali niy pies nk tunjuk cara-cara buat kuih akok.. hehehe.. pies tak pandai buat duk tengok je.. muehehe..
para pembuat kuih akok niy.. mereka yang berasal dari pattani atau kawasan sekitar nya. 
Rahsia resepi untuk menghasilkan kuih akok yang lazat serta menimbulkan selera pemakannya adalah pengadunan kuih akok ini sendiri.Biasanya penggunaan telur yang banyak akan menghasilkan kuih akok yang berkualiti lembut,gebu serta enak apabila di makan.Kuih akok ini sesuai di makan oleh semua dan lazimnya dihidang bersama juadah minum petang.Namun,pemakanan secara berlebihan adalah tidak digalakkan kerana kandungan gulanya yang agak banyak dan boleh memudaratkan kesihatan.

BAHAN-BAHAN

  • 5 biji telur
  • 200 ml pati santan
  • 100 ml air
  • 150 gram gula manisan (gula melaka)-boleh kurangkan ikut selera
  • 30 gram tepung gandum
  • 3 helai daun pandan- disiat-siat
  • 2 cubit garam halus

CARA-CARA
  1. Masak air bersama gula melaka hingga mendidih. Tutupkan api.
  2. Masukkan santan. Tunggu suam sedikit, kemudian masukkan telur,tepung dan daun pandan, gaul rata.Tapiskan untuk menghilangkan ketulan tepung.
  3. Panaskan oven pada suhu 200 darjah celcius. Panaskan acuan baulu ke dalamnya. Masukkan sedikit minyak dalam setiap acuan.
  4. Isi penuh acuan dan bakar selama 10 minit. Kuih ini akan mengembang. Bila dikeluarkan dari oven ia akan sedikit mengecut.

nak buat kuih akok mestilah ke ada acuan nye, baru la npak cantik kuih tu.
selamat mencuba.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...