Tuesday, November 1, 2011

Perdana Menteri Malaysia I Datok ' Sri Mohd Najib & Datin Paduka Sri Rosmah, Pergi Buat Haji Di Tanah Suci Mekah

Salam Pembaca blog semua..
Tahun ini adalah berita yang paling mengembirakan bagi rakyat malaysia iaitu 
Perdana Menteri Malaysia (Datok ' Sri Mohd Najid & Datin Paduka Sri Rosmah) telah berada di tanah suci mekah untuk menunaikan ibadah haji. Alhamdulillah. 
pies akan kongsi kan berita mengenai artikel tersebut.

MADINAH, 1 Nov — Perdana Menteri Malaysia ( Datok ' Sri Mohd Najib & Datin Paduka Sri Rosmah ) Pergi Buat Haji Di Tanah Suci Mekah tiba di sini untuk menunaikan ibadah haji hujung minggu ini.
Pesawat yang membawa beliau serta rombongannya mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad di sini kira-kira pukul 9 malam, Isnin (2 pagi hari Selasa waktu Malaysia).
Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Gabenor kota Madinah, Sulaiman Mohammad Al-Jeraisy dan Duta Besar Malaysia di Arab Saudi Prof Datuk Syed Omar Al-Saggaf.
Turut berada di lapangan terbang menyambut ketibaan beliau ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Pengerusi Lembaga Tabung Haji Tan Sri Abi Musa Asa’ari dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji Datuk Paduka Ismee Ismail.
Perdana Menteri turut diiringi bondanya, Tun Rahah Mohamad Noah dan adiknya, Datuk Mohamed Nazim serta Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
Najib dijadual menziarahi makam Rasulullah SAW di Masjid Nabawi sebelum berlepas ke Jeddah untuk memasuki kota Mekah bagi menunaikan umrah, esok.
Pada hari Rabu pula beliau akan mengunjungi ibu pejabat Tabung Haji di hotel Abraj Al-Janadiriah di Mekah, dan meluangkan masa untuk bertemu dengan jemaah haji Malaysia yang menginap di hotel itu.
Najib dan isteri akan berwukuf di Arafah pada hari Sabtu ini, bersama lebih tiga juta umat Islam yang lain dari seluruh dunia, yang menunaikan haji tahun ini.

1 comment:

  1. arrayah.info
    - Nasihat untuk Najib dan Isterinya bila kembali dari Baitullah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...